PEMENANG pingat Emas Paralimpik, Mohd Latiff Romly nyata tidak menghampakan apabila berjaya mengekalkan kemenangan dalam kategori lompat jauh, lelaki T20 (Masalah Pembelajaran) di Kejohanan World Para Athletic di London lapor The Star.

Dengan lompatan sejauh 7.37 meter pada percubaan kelimanya mengekalkan kejuaraannya di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park semalam. Pingat ini merupakan Emas kedua buat Malaysia.

Pingat perak dimiliki oleh Talic Zoran dari Croatia dengan lompatan sejauh 7.32M manakala pinagt gangsa pula disandang Dmytro Prudinikov dari Ukraine dengan lompatan sejauh 7.12M.

Latiff merupakan pemegang rekod dunia dalam acara tersebut dipegang oleh Latiff dengan lompatan sejauh 7.60m selepas memenangi Emas di Rio tahun lalu.

Emas pertama Malaysia dalam Kejohanan ini adalah melalui Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru lelaki F20 (Masalah Pembelajaran), Sabtu lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.