JERMAN tidak mengintai gelaran Piala Konfederasi, sebaliknya skuad Die Mannschaft hanya menjadikan kejohanan berlangsung di Rusia itu sebagai medan pemanas badan bagi menghadapi Piala Dunia 2018.

Skuad kendalian Joachim Low tampil di Piala Konfederasi selaku juara dunia.

Die Mannschaft diletakkan dalam Kumpulan B Bersama Cameroon, Chile dan bakal memulakan kempen kejohanan menentang Australia, esok.

Difahamkan, Jerman tidak menyenaraikan pemain-pemain bintangnya pada kejohanan kali ini.

"Sasaran utama kami ialah mempertahankan Piala Dunia pada tahun hadapan. Apa pun, kami tetap memandang serius dan akan memberikan cabaran sepanjang kejohanan berlangsung.

"Inilah masa yang sesuai buat jurulatih (Low) menguji dan bereksperimen dengan barisan pemain muda.

"Jika bergelar juara, ia menjadi bonus buat pasukan. Kesimpulannya kami datang untuk menang dan mahu meninggalkan impak positif," kata pengurus pasukan, Oliver Bierhoff.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :