Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan

Armizan mempegerusikan Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Pengangkutan Darat Barangan Bagi Persediaan Perlaksanaan Penggunaan Fleet Card SKDS 2.0 di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada Selasa. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.

Menurutnya, laporan oleh mangsa tersebut dibuat melalui pelbagai kaedah termasuk menulis sendiri surat kepada beliau, kementerian dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Atas isu keselamatan juga ada sesetengah stesen minyak pilih untuk tidak buat laporan kerana khuatir dan bimbang dengan keselamatan diri, pekerja dan premis mereka.

"Jadi kita ingin menghalang perkara ini daripada terus menjadi sistemik dan tidak boleh membiarkan perkara ini terus berlaku.

"Inilah antara aspek pengurusan risiko yang kita ingin laksanakan melalui penyasaran semula subsidi diesel ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Pelakdanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) Bersama Industri Pengangkutan Barangan di KPDN di sini pada Selasa.

Mengulas isu sama, Armizan turut menggesa orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat unsur penyeludupan atau ketirisan barang bersubsidi itu di kawasan masing-masing.

Ujarnya, aduan tersebut boleh dibuat melalui pelbagai platform yang disediakan kementerian.

Artikel Berkaitan:

"Saya mohon orang awam membuat aduan di platform aduan sedia ada kerana kebersamaan semua pihak cukup penting kerana ia melibatkan kepentingan ramai," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!