[VIDEO] Tiada terselamat, 10 terkorban nahas helikopter TLDM

A
A
A

LUMUT - [DIKEMAS KINI] Tiada mangsa dilaporkan terselamat dalam kejadian dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhempas selepas bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa.

Kejadian sekitar jam 9 pagi itu berlaku ketika sesi latihan sempena Hari Terbuka Armada TLDM melibatkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat awal terdapat 10 mangsa berada dalam kedua-dua helikopter itu semasa kejadian.

Akibat insiden pertembungan itu, sebuah helikopter terhempas berhampiran Stadium TLDM dan sebuah lagi terhempas dalam kolam renang kompleks sukan pangkalan itu. Foto tular
Akibat insiden pertembungan itu, sebuah helikopter terhempas berhampiran Stadium TLDM dan sebuah lagi terhempas dalam kolam renang kompleks sukan pangkalan itu. Foto tular

Menurutnya, pesawat HOM membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

"Maklumat awal menyebut, tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian ini.

"Semua 10 kru yang mengikuti latihan dan berada dalam helikopter terbabit telah terkorban," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Tiada mangsa dilaporkan terselamat dalam kejadian dua helikopter terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa. Foto tular
Tiada mangsa dilaporkan terselamat dalam kejadian dua helikopter terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa. Foto tular

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjung.

Katanya, bantuan turut diterima dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis bagi membantu kelancaran operasi.

"Setakat ini operasi mengeluarkan mangsa berjalan lancar," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!