2 helikopter terhempas ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut

Tangkap layar video menunjukkan dua helikopter yang bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut di sini pada Selasa.
Tangkap layar video menunjukkan dua helikopter yang bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut di sini pada Selasa.
A
A
A

LUMUT - [DIKEMAS KINI] Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa.

Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berlaku.

Menurutnya, laporan awal memaklumkan terdapat dua mangsa terlibat.

"Setakat ini keadaan mangsa masih belum diketahui, laporan media akan diberikan nanti," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: