Xavi Hernandez lanjut khidmat bersama Barcelona

Xavi
Xavi
A
A
A

PENGENDALI Barcelona, ​​Xavi Hernandez membuat pusingan U apabila membatalkan hasrat meninggalkan Blaugrana tersebut pada penghujung musim.

Sebaliknya bekas pengendali kelab Liga Qatar, Al Sadd (2019-2021) bersetuju untuk kekal mengetuai gergasi Sepanyol berkenaan bagi kempen 2024/25, jurucakap kelab tersebut.

Xavi sebelum itu dilaporkan menghabiskan masa bertemu pegawai Barca bersetuju dengan beberapa siri syarat ditetapkan kelab akan menghormati tahun terakhir kontraknya.

Presiden Barcelona, Joan Laporta dijangka mengadakan sidang akhbar berkenaan keputusan bekas pemain tengah Sepanyol tersebut.

Sebagai rekod, Xavi bermain untuk Barcelona selama 17 tahun, membuat 767 penampilan dan memenangi 25 trofi, termasuk empat gelaran Liga Juara-Juara dan lapan mahkota La Liga.

Biarpun begitu Barcelona memenangi La Liga musim lalu, musim ini prestasi angkatan Xavi terumbang-ambing menyaksikannya berada di bawah tekanan.

Terbaharu Barca tewas 2-3 kepada Real Madrid dalam aksi La Liga menyebabkan mereka ketinggalan 11 mata di belakang seteru rapat dengan baki enam perlawanan.

Kekalahan itu juga hadir beberapa hari selepas Barca tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas tewas 1-4 (agregat 4-6) menentang kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG).

Artikel Berkaitan:

Keputusan itu juga bermakna Barcelona hampir pasti menamatkan musim ini tanpa trofi utama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!