PENGURUS Chelsea, Antonio Conte mengakui Zlatan Ibrahimovic antara 'kuda tua' paling berbahaya di Eropah ketika ini.

Menurutnya, naluri 'pembunuh penyerang Manchester United itu semakin menebal meskipun semakin dimamah usia.

Justeru katanya, barisan pertahanan The Blues perlu merantai pergerakan Ibrahimovic apabila berkunjung ke Old Trafford, malam ini.

"Bagi saya Ibrahimovic adalah pemain luar biasa dan ketika ini semangatnya berkobar-kobar untuk membantu pasukan.

"Jadi, kami perlu menyusun barisan pertahanan untuk menyukarkan kemaraannya.

"Apa pun, untuk mengalahkan United, pemain saya mesti menghentikan kesemua pemain mereka.

"Kami tidak rela keciciran mata lagi tatkala kejuaraan semakin hampir untuk kami dakap," ujar Conte.

Musim ini, Ibrahimovic menyumbat 28 dalam semua pertandingan, di mana 17 daripadanya dicipta dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ANTONIO Conte nyata masih berpuas hati dan gembira dengan prestasi Chelsea ketika ini.
  • ANTONIO Conte mengakui dua kekalahan berturut-turut yang dicatat Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris membuatkan fikirannya bertambah runsing dan sukar untuk tidur malam.
  • PENGURUS Chelsea, Antonio Conte mengakui The Blues berhadapan lawan sebenar dalam saingan Liga Juara-Juara apabila dijadualkan bertemu Atletico Madrid di Wanda Metropolitano awal pagi nanti.
  • DIEGO Costa menegaskan dia tidak menyimpan dendam terhadap Antonio Conte mahupun Chelsea.
  • PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte tidak risau dengan prestasi cemerlang ditunjukkan Manchester City dan Manchester United yang kini menduduki dua tangga teratas liga.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.