ATLETICO Madrid dilihat berdepan laluan mudah selepas diundi bertemu Leicester City di suku akhir Liga Juara-Juara.

Namun bagi Pengarah Atletico, Clemente Villaverde mereka  tidak sesekali memandang mudah keupayaan Leicester kerana wakil tunggal England itu kini tampil penuh dengan kejutan.

"Leicester telah membuktikan bahawa mereka layak beraksi di pentas tertinggi Eropah. Lihat sahaja apa yang mereka mampu lakukan di peringkat kumpulan dan saingan kalah mati, menakjubkan bukan?

"Mereka sudah menyingkirkan Sevilla. Itu petanda bahawa kami mesti berhati-hati apabila berdepan dengan mereka nanti," katanya.

Leicester adalah satu-satunya pasukan dalam undian kelmarin yang tidak pernah bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Tetapi Leicester dan Atletico pernah bertemu dalam pusingan pertama Piala UEFA (kini Liga Europa) pada 1997 dengan kelab Sepanyol itu menyingkirkan The Foxes.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.