KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa insiden kebakaran melibatkan pusat tahfiz di Kedah hampir tiga dekad lalu berulang.

"Saya sedih perkara seperti ini berlaku sekali lagi," katanya.

Menurutnya, pembinaan bangunan sepatutnya mengikut peraturan dan garis panduan ditetapkan.

"Apabila berlaku sebarang kejadian, mangsa dapat menyelamatkan diri dengan baik.

"Dalam kejadian ini, saya difahamkan ada dua sahaja pintu," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini

Beliau berkata, keselamatan haruslah menjadi keutamaan.

"Saya harap selepas ini semua sekolah mengkaji semula tahap keselamatan sekiranya berlaku kebakaran," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Tun Mahathir yang juga bekas perdana menteri,  meluangkan masa 45 minit bersama keluarga mangsa terlibat di Institut Perubatan Forensik Negara, HKL.

Pada 22 September 1989, seramai 27 pelajar Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat, Yan, Kedah, terkorban selepas asrama menempatkan pelajar terbabit terbakar.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Persatuan Patriot Kebangsaan membidas keputusan menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.
  • PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta dua yang lain gagal dalam rayuan mereka berkaitan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tort misfeasan dalam jawatan awam berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  • SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya sebentar tadi.
  • PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mendapatkan perintah daripada Mahkamah Rayuan hari ini untuk menangguhkan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dijadual bermula pada Isnin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.