MARANG - Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek  membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa.

Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BESUT - Empat pendaki wanita berdepan detik menakutkan apabila mereka diugut akan dibunuh dan dirogol sebelum disamun dua lelaki di puncak Bukit Keluang, di sini petang semalam.
  • PUTRAJAYA - Seorang pekerja sebuah syarikat penyelenggaraan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun yang dikenalinya menerusi aplikasi 'WeChat’.
  • PUTRAJAYA - Padah merogol jiran bawah umur sehingga mangsa mengandung, seorang pekerja kontrak dihukum penjara lapan tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak hari ini.
  • PUTRAJAYA - Seorang lelaki yang merakamkan perbuatannya merogol anak perempuan tirinya berumur 14 tahun akan merengkok di dalam penjara selama 20 tahun selain diperintahkan supaya disebat 15 kali kerana merogol gadis itu.
  • KAJANG - Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila diratah oleh teman lelaki ibunya sejak April lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.