'Anak menangis bagitahu suaminya meninggal dunia'

GUA MUSANG - "Anak menangis semasa menghubungi saya dan memberitahu suaminya sudah meninggal dunia. Saya kata sabar dulu, belum disahkan lagi."
Demikian perkongsian bapa mentua kepada mangsa nahas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena yang mengorbankan empat nyawa di Kilometer 55 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa, Allahyarham Nik Azmi Nik Othman, 47, iaitu Mat Jusoh Muda, 76.
Menurutnya, dia terkejut selepas anak perempuan ketiga, Siti Safila, 40, menghubunginya kira-kira jam 6 petang dan mengatakan suaminya sudah meninggal dunia dalam kemalangan.
Dia yang tinggal di Felda Chiku 3 di sini terus bertolak ke Unit Forensik Hospital Gua Musang kira-kira jam 7 malam sementara menunggu kehadiran Siti Safila dan empat anaknya yang datang dari Pangkalan Chepa, Kota Bharu.
Mat Jusoh memberitahu, kali terakhir dia bertemu menantunya itu pada minggu lepas ketika arwah pulang ke rumah di Felda Chiku 3.
"Arwah ketika itu tidak banyak bercakap seperti selalu dan tergesa-gesa ingin pulang," katanya.
Sebelum itu, Sinar Harian Online melaporkan, tiga rakan sekerja maut dan tidak sempat menghadiri kursus di Kuala Lumpur selepas MPV jenis Nissan Serena yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van di Kilometer 55 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa.
Dalam kejadian jam kira-kira 12.40 tengah hari itu, mangsa Mohamed Saiful Kamaruzaman, 33, dari Kampung Anak Sungai, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Nik Azmi Nik Othman, 47, Pasir Kelang Baru, Kuala Krai dan Nik Razizi Nik Rahim, 55, Taman Sri Bongor, Cherang, Kota Bharu meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kesemua mangsa merupakan pekerja di Refueller Runway Fuels Sdn Bhd.
Ringkasan AI
- Anak menangis memberitahu bapa mentua suaminya meninggal dalam kemalangan MPV di Gua Musang
- Kemalangan melibatkan kenderaan Nissan Serena mengorbankan empat nyawa
- Anak perempuan mangsa menghubungi bapa mentuanya pada jam 6 petang memberitahu tentang kemalangan
- Kemalangan berlaku di Kilometer 55 Jalan Gua Musang-Kuala Krai
- Kesemua mangsa adalah pekerja di Refueller Runway Fuels Sdn Bhd
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

