Penempatan koloni PATI 'kebal' tepi lebuh raya

JIM melakukan pemeriksaan ke atas sebuah penempatan PATI di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Rabu.
JIM melakukan pemeriksaan ke atas sebuah penempatan PATI di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penempatan koloni pendatang asing tanpa izin (PATI) di Jalan Klang Lama di sini yang dipercayai beroperasi dengan sambungan bekalan elektrik haram digempur pada Rabu.

Serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur awal pagi itu mengesan penempatan yang terletak di sebelah laluan utama, selain binaan haram yang dilengkapi bilik, tandas, dapur, ruang tamu dan fasaliti surau.

Sinar Harian yang berpeluang mengikuti operasi itu mendapati, terdapat beberapa bahagian penempatan terbabit yang terletak di tepi Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

Setiap bahagian dipercayai menempatkan sekurang-kurangnya lima bilik dengan laluan sempit yang didiami warga asing termasuk pasangan suami isteri.

Lebih mencurigakan ialah punca sambungan bekalan elektrik dan bekalan air selain persoalan sejak bila penempatan itu mula beroperasi, apatah lagi beroperasi di kawasan bandar.

Seramai 71 warga asing ditahan JIM dalam serbuan sebuah penempatan PATI di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Rabu.
Seramai 71 warga asing ditahan JIM dalam serbuan sebuah penempatan PATI di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Rabu.

Seorang penghuni dikenali sebagai Herman, 30-an berkata, dia sudah menetap di lokasi terbabit kira-kira setahun lalu dan mengakui sepanjang tempoh itu lokasi terbabit belum pernah diserbu.

"Saya duduk di sini dengan isteri dan seorang anak kecil, bayar bilik RM350 sebulan.

Artikel Berkaitan:

"Duit saya bayar pada 'tuan rumah' di sebelah ini. Orang Indonesia juga," kata warga Indonesia yang ditemui di sini pada Rabu.

Dalam serbuan itu juga, terdapat beberapa cubaan PATI melarikan diri dengan memanjat bumbung, selain bersembunyi ruangan kecil, belakang pintu dan tandas serta menguncikan pintu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, operasi bermula jam 2.30 pagi dilaksanakan hasil risikan selama seminggu.

Menurutnya, 71 orang disyaki PATI terdiri daripada 34 wanita dan 37 lelaki ditahan.

"Semakan mendapati tangkapan membabitkan 66 orang, tiga Myanmar, seorang India dan seorang Pakistan.

"Antara kesalahan dikesan ialah tinggal lebih masa serta tinggal tanpa permit dan pas sah. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Ringkasan AI

  • Penempatan koloni pendatang asing tanpa izin di Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur digempur oleh Jabatan Imigresen Malaysia
  • Serbuan menemukan binaan haram yang dilengkapi bilik, tandas, dapur, ruang tamu dan surau
  • Penempatan berdekatan dengan Lebuhraya Pantai Baru dan mempunyai beberapa bahagian yang menempatkan sekurangnya lima bilik
  • Sambungan bekalan elektrik dan air dicurigai haram dengan persoalan sejak bila penempatan itu beroperasi
  • Dalam serbuan tersebut, 71 orang disyaki PATI termasuk 34 wanita dan 37 lelaki ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa dan tanpa permit sah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!