Bayi tiga bulan patah paha, polis siasat unsur pengabaian

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan patah pada bahagian paha kiri dipercayai akibat pengabaian ketika berada di bawah jagaan pengasuh di Taman Koperasi Polis, di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 2.38 petang, 9 Januari lalu.
"Bayi itu mengalami bengkak pada bahagian paha kiri selepas mangsa di hantar ke rumah pengasuh
"Mangsa juga tidak berhenti menangis sebelum dibawa ibu bapanya ke Hospital Ampang untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati tulang paha kiri mangsa patah sebelum laporan polis dibuat seorang doktor yang merawat bayi berkenaan.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kecederaan dialami mangsa," katanya.
Ringkasan AI
- Bayi lelaki tiga bulan alami patah paha kiri kerana pengabaian di Taman Koperasi Polis
- Ketua Polis Kuala Lumpur terima laporan polis 9 Januari
- Bayi bengkak pada paha kiri dan menangis selepas dihantar ke pengasuh
- Dibawa ke Hospital Ampang, didapati paha kiri patah
- Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, siasatan lanjut sedang dijalankan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

