Kedai runcit jual rokok kepada remaja 17 tahun didenda RM9,000

Wakil premis terbabit ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kemaman pada Selasa.
Wakil premis terbabit ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kemaman pada Selasa.
A
A
A

KEMAMAN - Padah menjual rokok kepada remaja lelaki berusia 17 tahun, sebuah kedai runcit di daerah ini didenda sebanyak RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Hukuman itu diputuskan selepas wakil premis berkenaan membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Marsha Abdul Malik.

Mengikut pertuduhan, premis itu didapati telah menjual produk merokok kepada seorang lelaki orang belum dewasa (OBD) berusia 17 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di premis yang terletak di Binjai, di sini, kira-kira jam 3 petang pada 29 September tahun lalu.

Sehubungan itu, premis tersebut didakwa mengikut Seksyen 13(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 13(2)(a)(i) akta sama.

Mahkamah kemudian memerintahkan premis itu didenda sebanyak RM9,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Kes berkenaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia, Mohd Azman Mohd Ramli bersama Alias Awang Kechik.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kedai runcit di Kemaman didenda RM9,000 kerana menjual rokok kepada remaja 17 tahun
  • Wakil premis mengaku bersalah di hadapan Majistret Marsha Abdul Malik
  • Premis menjual produk merokok kepada orang belum dewasa pada 29 September tahun lalu
  • Kesalahan mengikut Seksyen 13(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024
  • Mahkamah memerintahkan denda RM9,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar denda

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!