ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Imigresen dan meminta imbuhan daripada seorang pengurus bagi mengelak diambil tindakan terhadap pekerja asingnya.    

Pengarahnya Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata lelaki berkenaan yang merupakan seorang penganggur berumur lingkungan 50-an itu ditahan di sini tengah malam tadi ketika sedang berurusan dengan pengurus syarikat berumur 52 tahun itu.    

"Suspek yang merupakan seorang penganggur dan berasal dari Perak itu ditahan ketika sedang berurusan dengan pengurus berkenaan yang meminta wang sebanyak RM2,000 yang kononnya untuk tidak diambil tindakan terhadap pekerja asing.    

Ketika siasatan pihak kami turut menemui sepucuk pistol tiruan pada lelaki itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.    

Beliau berkata pihaknya telah mendapat perintah tahanan reman selama seminggu bermula hari ini dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.    

Mohd Fauzi berkata ia adalah tangkapan pertama yang dilakukan pihaknya pada tahun ini. - Bernama


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang lagi exco tertinggi Pulau Pinang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM 15 billion, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan insentif lebih RM400,000 kepada 267 penjawat awam setakat akhir tahun lepas sebagai galakan melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah.
  • ALOR SETAR - Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa pada 29 Januari lalu, hari ini dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • PUTRAJAYA - Tempoh reman terhadap tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan landskap bernilai RM44 juta, dilanjutkan selama empat hari sehingga 14 Februari ini.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak lebih agresif dari segi penguatkuasaan dan pendidikan bagi memerangi rasuah, sekali gus mencapai misi dan visinya iaitu sifar rasuah menjelang 2020.