KEMAMAN - Radar pengesan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merakam penuh tragedi nahas pesawat Hawk 108 sehingga ke saat akhir ia terhempas, kata Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang

Beliau berkata, radar pengesan itu digunakan pada hari penerbangan pesawat Hawk pada Khamis lepas, sebelum nahas itu berlaku.

"Dari segi aspek penyiasatan, TUDM telah memperoleh bukti awal daripada radar pengesan dan masih terlalu awal untuk kami membuat kesimpulan dengan apa yang sebenarnya berlaku.

"Di lokasi nahas, TUDM berjaya menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat Hawk dan bahagian besar bangkai pesawat itu yang tidak tertimbus di kawasan paya," katanya pada sidang berita ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah di sini, hari ini.

Affendi berkata, selepas memperoleh komponen pesawat itu, TUDM membuat lakaran kasar untuk menentukan kemungkinan keadaan sebenar pesawat itu terhempas di kawasan berkenaan.

Affendi berkata, bagi memastikan siasatan itu dijalankan dengan sistemaik dan profesional, TUDM meminta kerjasama Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dan pihak pembuat pesawat Hawk bagi mendapatkan gambaran sebenar punca kejadian.

Ditanya sama ada pesawat itu telah menjalani pemeriksaan sebelum ia beroperasi, beliau menjelaskan bahawa pesawat itu sudah keluar daripada 'routine maintainance check' iaitu tempoh pemeriksaan selama 500 jam dan mempunyai jadual penyelenggaran.

"Selepas tamat tempoh terbang 500 jam, pesawat ini akan masuk untuk 'minor servicing' (penyenggeraan kecil) di mana ia perlu dibuat 'functional check flight' (penerbangan pemeriksaan fungsian) sebelum jurutebang berkelayakan menerbangkan pesawat itu untuk sesi penerbangan seterusnya," katanya.

Affendi berkata pesawat itu telah membuat penerbangan pertama pada Selasa lepas  dan TUDM mendapati ia mengalami sedikit kerosakan dan telah dibaiki serta diterbangkan semula pada Rabu lepas.

"Waktu pesawat itu diterbangkan pada Rabu lepas, ia diisytiharkan sebagai pesawat yang telah menjalani pemeriksaan baik dan memenuhi aspek teknikal penerbangan," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Bahagian Perhubungan Awam TUDM (MTU-Sekretariat Delta) berjaya mengharumkan nama TUDM setelah dinobatkan sebagai penerima anugerah dari Dewan Sosial Media Malaysia pada Malam Anugerah Media Sosial Malaysia Tahun 2017 yang diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.
  • JASIN - Pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor di sini awal bulan ini dikeluarkan dari lokasi kejadian pagi tadi.
  • MELAKA - Kerajaan negeri menggesa dan memberi tempoh selama dua minggu kepada pihak berkaitan untuk mengeluarkan segera bangkai pesawat Microlight GT-500 yang tenggelam di dasar Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor, Sabtu lalu.
  • ISKANDAR PUTERI - Polis mengesahkan pesawat ringan GT 500 yang terhempas berlaku dalam kawasan Johor bersempadan Melaka, di sini hari ini.
  • JASIN - Seorang juruterbang maut manakala pembantunya cedera apabila pesawat ringan GT 500 dikendali mereka terhempas ke dalam Sungai Mati di sempadan antara Melaka dan Johor di sini hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.