KUALA LIPIS - Seorang wanita warga emas Orang Asli maut akibat ditetak cucunya di  Kampung Pagar, Pos Lenjang, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi itu mangsa, Wak Moh a/p Bah Wek, 76, ditetak di bahagian belakang leher dengan menggunakan sebilah parang.

Turut cedera dalam kejadian itu ialah bapa mertua suspek, Bah Keloh Bah Kuyah, 56, yang ditetak di bahagian leher dan belakang badan serta isteri suspek, Rohini a/p Bak Keloh, 21, yang mengalami kesan lecur di bahagian muka disebabkan bara api.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengkebumian.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang cedera pula kini menerima rawatan di  wad Hospital Lipis dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditemui mati dengan kesan tetakan pada kepala di atas katil bilik hotel di Pekan Batu 11, Balakong, Kajang dekat sini petang tadi.
  • KEMAMAN - Angkara salah faham, seorang peniaga nyaris ditetak dengan parang seorang lelaki yang dikenalinya dalam kejadian di hadapan sebuah warung di Jalan Dato', Chukai, di sini, Isnin lalu.
  • PASIR MAS - Seorang lelaki berdepan detik cemas ditetak sepupunya yang berusia 20-an di lorong Masjid Tal Tujuh di sini, awal pagi tadi.
  • SHAH ALAM - Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran Balai Polis Pinggiran USJ dekat sini, lokasi seorang anggota polis yang ditetak dan ditembak ketika sedang bertugas Khamis lepas.
  • KUALA KRAI - Lelaki yang dikatakan ditetak isterinya di Manek Urai Lama, Khamis lalu telah berbaik dengan isterinya.