Pekerja buruh ditahan rakam video anak tiri dalam bilik air

Lelaki ditahan selepas disyaki melakukan perbuatan jijik merakam ahli keluarga di bilik air di Tawau.
Lelaki ditahan selepas disyaki melakukan perbuatan jijik merakam ahli keluarga di bilik air di Tawau.
A
A
A

TAWAU - Tindakan jijik seorang pekerja buruh merakam video ahli keluarganya di dalam bilik air terbongkar selepas anak tirinya menemui telefon bimbit yang disorok dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada Ahad lalu.

Lelaki tempatan berusia 39 tahun itu kemudian ditahan pada hari yang sama selepas laporan polis dibuat.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.27 petang dan suspek diberkas kira-kira jam 8.07 malam bagi membantu siasatan.

"Kejadian terbongkar apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menemui telefon bimbit dipercayai milik bapa tirinya yang disorokkan di dalam tandas rumah berkenaan dalam keadaan sedang merakam sebelum menyerahkan kepada ibunya.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa rakaman video yang mengaibkan melibatkan mangsa dan anak-anaknya, dipercayai dirakam tanpa pengetahuan mangsa ketika mereka menggunakan bilik air," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, suspek tinggal serumah dengan mangsa disoal siasat oleh ahli keluarga sebelum mengakui perbuatannya.

"Hasil pemeriksaan awal ke atas telefon bimbit yang dirampas mendapati sebanyak 10 klip video disimpan dengan rakaman melibatkan mangsa serta dua orang anaknya.

"Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 377D dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh serta mengaibkan kehormatan mangsa," katanya.

Jasmin dalam pada itu turut memberi amaran keras bahawa pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam perbuatan tidak bermoral dan mencabul privasi orang lain.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tindakan menjijikkan seorang lelaki merakam video ahli keluarganya di bilik air terbongkar oleh anak tirinya
  • Lelaki itu ditahan pada hari yang sama setelah laporan polis dibuat
  • Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menemui telefon bapa tirinya yang sedang merakam secara rahsia
  • Ditemui 10 klip video yang mengaibkan mangsa dan dua anaknya di telefon tersebut
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 377D dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!