Gas pendingin hawa meletup: Help University, pihak berkuasa kenal pasti punca insiden

Laporan Sinar Harian mengenai insiden letupan dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan penyaman udara yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat universiti berkenaan.
Laporan Sinar Harian mengenai insiden letupan dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan penyaman udara yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat universiti berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - HELP University bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, pemilik dan pengurusan bangunan bagi mengenal pasti punca insiden letupan semasa kerja penyelenggaraan sistem penyaman udara di kampus universiti itu di Bukit Damansara pagi Isnin.

Universiti itu dalam kenyataan memaklumkan, bangunan yang terlibat akan kekal ditutup sehingga siasatan rasmi selesai dijalankan.

"Sebagai institusi yang komited menyediakan persekitaran selamat bagi pelajar dan seluruh warga kampus, kami akan segera menjalankan pemeriksaan dalaman bagi memastikan keselamatan serta integriti bangunan lain di Kampus Bukit Damansara serta Kampus Subang Bestari.

"Kami ingin menegaskan bahawa operasi dan kelas di Kampus Subang Bestari akan diteruskan seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

HELP University turut memaklumkan, pihaknya bekerjasama rapat dengan pasukan perubatan untuk memastikan semua yang terjejas menerima rawatan dan bantuan sewajarnya, selain berhubung dengan ahli keluarga mereka untuk memberikan sokongan serta bantuan yang diperlukan.

"Pelajar dan ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan boleh menghubungi saluran komunikasi dalaman yang telah disediakan,” menurut kenyataan itu.

HELP University juga memaklumkan, pelajar dan petugas di kampus telah dipindahkan dengan segera mengikut protokol kecemasan sejurus insiden berlaku, sebelum pihak perkhidmatan kecemasan tiba tidak lama selepas dimaklumkan.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di sebuah universiti swasta kira-kira 11.40 pagi tadi

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang pekerja syarikat kontraktor warga tempatan berusia 24 tahun.

Artikel Berkaitan:

Fadil berkata, letupan dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan penyaman udara yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat universiti berkenaan. - Bernama

Ringkasan AI

  • HELP University bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca letupan di kampus Bukit Damansara
  • Bangunan terlibat ditutup sementara menunggu siasatan rasmi
  • Pemeriksaan dalaman akan dijalankan untuk memastikan keselamatan bangunan di Kampus Bukit Damansara dan Subang Bestari
  • Operasi dan kelas di Kampus Subang Bestari berjalan seperti biasa
  • Seorang pekerja kontraktor meninggal dunia dan sembilan lagi cedera akibat letupan gas penyaman udara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!