ASP direman bantu siasatan kes rasuah RM20,000

Suspek dibawa oleh pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret George Town untuk perintah reman.
Suspek dibawa oleh pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret George Town untuk perintah reman.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) direman empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan jumlah lebih RM20,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 58 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini.

Suspek yang berpakaian lokap SPRM tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi sambil diiringi oleh beberapa pegawai penguatkuasa SPRM.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 10.30 malam Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada lima individu dengan jumlah keseluruhan melebihi RM20,000 bagi tempoh antara 2016 hingga 2021.

“Ketika ditahan, suspek masih berkhidmat di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang,” katanya.

Sumber turut memaklumkan bahawa SPRM telah menjalankan risikan terhadap suspek sejak beberapa tahun lalu sebelum penahanan dibuat susulan aduan yang diterima.

“Ini merupakan kali pertama suspek ditahan bagi kes berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pegawai polis Asisten Superintenden direman empat hari untuk siasatan kes rasuah lebih RM20,000
  • Perintah reman dikeluarkan di Mahkamah Majistret George Town
  • Suspek ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang
  • Ditahan kerana meminta dan menerima rasuah daripada lima individu antara 2016 hingga 2021
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!