SUBANG - Usaha untuk mendapatkan respons daripada keluarga penumpang MH370 yang tiba dari China sejak semalam gagal sama sekali apabila pihak MAS telah membawa mereka keluar dari Hotel Holiday Villa tepat jam 10 pagi tadi.

Keluarga tersebut yang diiringi pihak polis dan pengawal dibawa secara berkumpulan menuju ke pekarangan lobi hotel untuk menaiki dua buah bas e-Putra yang disediakan khas untuk mereka.

Kelihatan anggot keluarga penumpang MH370 berwajah sugul dan muram namun agak tenang ketika dibawa menuju ke kenderaan yang telah tersedia.

Usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut dari pegawai MAS dan juga sukarelawan tidak berhasil apabila mereka enggan memberikan kerjasama.

Kira-kira 48 ahli keluarga penumpang MH370 tiba dari China semalam untuk menuntut penjelasan dan maklumat terperinci mengenai misi SAR yang dilancarkan di Laut Hindi.

Kumpulan tersebut yang menetap di Hotel Holiday Villa, Subang telah dibawa keluar oleh pihak MAS dengan bantuan polis pengawal dan sukarelawan ke suatu lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Interpretasi data sonar ke dalam latar imej boleh percaya merupakan cabaran utama bagi kapal Seabed Constructor dalam misi pencarian yang disambung semula untuk menjejaki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Mac 2014, menurut seorang pakar penerbangan.
  • PUTRAJAYA - Malaysia hari ini memeterai perjanjian dengan syarikat eksplorasi dasar laut yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited, untuk menyambung semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan H370 yang hilang pada 8 Mac, 2014.
  • LABUAN - Berfikiran positif dan tidak panik antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zul Helmie Zainuddin mendaratkan Hercules C130 tanpa gear pendaratan di Lapangan Terbang Labuan di sini semalam.
  • KUALA LUMPUR - Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menyuarakan kekesalan yang amat mendalam kerana tidak dapat mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan kru.
  • BUTTERWORTH - Laporan awal siasatan insiden pesawat Hawk 108 yang terhempas di Chukai, Terengganu pada 15 Jun lepas yang mengorbankan dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dikeluarkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.