MESEJ berkaitan tetak dan pergaduhan mula tersebar melalui aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

Mesej berkenaan berbunyi: “Polis trafik tunggu lepas tol laluan tunai Sunway menghala ke port Klang...tahan random.. tak pasti tahan apa... Ada 2 motor polistrafik. 

Jam 10.30 malam tadi India kena tetak dengan Melayu di depan gerai niaga di Pandan Jaya, Kuala Lumpur. Semalam, Melayu kena tetak dekat Pandan Jaya jam 2 pagi.

Malam tadi Melayu 
datang balas pula ramai India kena tikam.. Masa tu gambar tak sempat nak ambik sebab depan mata darah percit.... Masuk ICU.. Kelmarin jam 10.30 dia kena balik terkulai tangan.. 

C/P Jaga-jaga sikit yang dok KL (Kuala Lumpur)..India mau mengganas n hati-hati keluar malam... Salam kawan-kawan..tolong bagitau kawan-kawan yang lain malam ini ada operasi besar-besar di Puchong..yang mane suka pegi tol Puchong harap malam ini jangan sape2 pon pegi ke tol Puchong..aku dapat info dari polis USJ dengan Puchong IOI C/P”.

Perkara berkenaan telah mendatangkan kebimbangan masyarakat tentang keselamatan mereka yang khuatir sekiranya mesej yang disebar adalah benar.

MESEJ itu bagaimanapun dinafikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh mengesahkan mesej tersebut adalah palsu dan tidak benar.

“Pihak polis tidak pernah menerima sebarang 
laporan berkaitan kes tersebut.
 
“Kita akan siasat jika benar ada laporan mengenainya,” katanya.
 
Menurut Mohmad, mereka yang menyebarkan mesej ini, mungkin bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai.

“Saya tidak faham mengapa mesej begini disebarkan dan dari mana maklumat diperolehi," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KADAR bayaran kompaun yang dikenakan kepada pengguna kenderaan yang lewat memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh kini kembali tular menerusi aplikasi WhatsApp.
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan tular kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Batu Tiga diculik adalah palsu.
  • SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), memaklumkan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
  • TERSEBAR viral di laman sosial mengatakan terdapat taktik terbaru penjenayah untuk merompak rumah tertentu.
  • SELEPAS disahkan palsu tahun lalu, Majlis Jom Nikah didakwa anjuran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus kini sekali lagi disebarkan secara meluas menerusi media sosial serta aplikasi WhatsApp.