KEPALA BATAS - Seorang ibu terkejut mendapati anak lelakinya yang berusia empat tahun terbaring di lantai rumah pengasuhnya di  Taman Seri Pinang, di sini, hari ini, dengan tangan dan kakinya diikat.

Kejadian itu disedari ketika wanita itu membuat 'pemeriksaan mengejut' di rumah pengasuh itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis menahan pengasuh berusia 39 tahun itu selepas menerima laporan wanita itu, seorang pekerja kilang.

Dia direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Ketika kejadian, hanya anak pengasuh berumur kira-kira 11 tahun berada di rumah itu.

Menurut sumber, kanak-kanak itu dijaga pengasuh tersebut sejak Jun tahun lalu.

“Sebelum ini, tiada masalah berlaku membabitkan anaknya.

“Namun, sejak akhir-akhir ini, ibu mangsa mendapati anaknya itu sentiasa dalam keadaan lapar dan mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anaknya ketika di rumah pengasuh tersebut,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, kanak-kanak itu diikat kerana didakwa nakal.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Polis tidak dapat mengambil sebarang tindakan berhubung dakwaan kanak-kanak warga Argentina dilarikan oleh bapanya kerana tiada laporan rasmi dibuat oleh pihak berkenaan berhubung perkara itu.
  • KAMPAR - Ketelitian dan ketekunan sepasukan anggota bomba berjaya menyelamatkan jari seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang tersepit pada jek hidraulik kereta, dalam satu kejadian di RPT Tualang Sekah, di sini, hari ini.
  • KAJANG - Seorang penyelia tergamak melakukan perbuatan jijik dan memalukan apabila sanggup mencabul anak perempuan teman wanitanya berusia 11 tahun.
  • KUALA SELANGOR - Waris kepada seorang kanak-kanak perempuan, Dania Ajla, 4, dicari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor bagi membantu prosedur dokumentasi.
  • GEORGETOWN - Lemas merupakan penyebab kematian kedua tertinggi kanak-kanak di negara ini selepas kemalangan jalan raya dengan kira-kira 500 golongan berusia satu hingga 18 tahun dilaporkan menjadi mangsa setiap tahun, demikian menurut kajian Pusat Penyelidikan Klinikal Perak.