KUALA LUMPUR - [VIDEO] Tindakan memboikot produk yang dikaitkan dengan Israel didakwa tidak memberi kesan kepada negara itu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan memboikot itu boleh menyebabkan pekerja di kilang-kilang yang memproses di Malaysia kehilangan pekerjaan.

"Boikot produk sangat susah. Kalau kita nak boikot produk Israel, kita tak tahu produk itu datang dari Israel ke atau datang dari mana.

"Sebagai contoh, ada yang kata boikot produk-produk Nestle. Produk Nestle yang dijual di Malaysia ini dibuat di kilang Nestle di Rembau. Kalau kita boikot Nestle, ramai pekerja di sana kehilangan pekerjaan di kawasan saya," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, hari ini.

Menurutnya, keputusan memboikot barangan itu boleh dilaksanakan sekiranya syarikat tersebut jelas menyokong Israel.

"Jadi, kita kena fikir betul-betul. Kalau boikot sesetengah produk, yang rasa kesannya bukan Israel tapi orang kita, pekerja kita, rakyat kita dan sebagainya.

"Kecuali jelas bahawa syarikat itu menyokong (Israel) dan tidak ada kena mengena dengan pekerja di sini dan sebagainya," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin gagal meneruskan rayuan untuk mengetepikan keputusan mahkamah tinggi yang memerintahkannya membayar RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat kenyataan fitnah 10 tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar diperintah membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari, 2008 dan menyebarkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' yang disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 29 September untuk keputusan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengekalkan pendiriannya bahawa ucapanya di Lembah Pantai di sini pada 2008 tidak merujuk insiden liwat oleh bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • PUTRAJAYA - Kandungan pemacu pena kontroversi yang dikatakan mempunyai bukti penyelewengan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin didedahkan kepada umum selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai.