KLUANG - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal direman lima hari kerana disyaki terlibat menerima rasuah bernilai RM800 bagi melindungi pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja sah.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret, Muhammad Hidayat Wahab yang membenarkan lelaki tersebut ditahan bagi membantu siasatan sehingga 11 Mac ini.

Suspek berusia 29 tahun itu hadir ke Mahkamah Majistret Kluang, dekat sini dengan berpakaian lokap berwarna oren tiba di perkarangan mahkamah lebih kurang jam 10 pagi tadi.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kluang menahan seorang lelaki selepas menerima wang suapan daripada pengusaha kilang di sebuah kilang kayu di Jalan Paloh, dekat sini kira-kira jam 1.35 petang.

Difahamkan, anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang itu disyaki menerima rasuah bagi melindungi pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja sah di kilang kayu sekitar daerah Kluang.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SANDAKAN - Polis Sandakan sedang mengesan dua saksi bagi perbicaraan satu kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 25 September ini.
  • PUTRAJAYA - Tempoh reman empat individu termasuk seorang ketua eksekutif sebuah perbadanan bergelar Datuk dilanjutkan bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan berjumlah hampir RM40 juta.
  • PETALING JAYA - Seorang kontraktor yang memuat naik status tidak puas hatinya terhadap saman yang dikeluarkan anggota polis trafik di Facebook (FB) sehingga menjadi tular, hari ini didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
  • BUTTERWORTH - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Perai Jaya 6, Perai di sini dan merampas heroin bernilai hampir RM1,000 pada Sabtu lepas.
  • KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di taman rekreasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Setapak di sini hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.