SHAH ALAM - Tidak ada sebab bagi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya untuk melepaskan jawatan seperti yang menjadi sejak viral petang tadi.

Katanya, beliau sudah fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan menyertai parti berkenaan malahan telah mengangkat sumpah untuk bersama Bersatu.

"Saya menghormati dan tidak akan memberi apa-apa komen terhadap rakan-rakan yang telah melepaskan jawatan dan meninggalkan parti, kerana apa yang mereka lakukan adalah masalah mereka sendiri.

"Bagi saya, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan kita doakan agar mereka berjaya dengan cara perjuangan mereka," katanya menerusi WhatsApp kepada Sinar Online.

Abu Bakar berkata demikian mengulas viral mengatakan beliau dan seorang lagi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Zahid Mat Arip akan melepaskan jawatan berikutan krisis melibatkan pemimpin tertinggi iaitu presidennya, Tan Sri Mahyuddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (Harapan) mendakwa pembentukan barisan pembangkang itu digeruni parti kerajaan sehingga permohonan mereka mendaftarkan PH masih belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
  • SHAH ALAM - “Tak boleh disahkan lagi. Kita anggap itu (dakwaan) sebagai khabar-khabar sahaja,” kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor kepada Sinar Harian, semalam.
  • ALOR SETAR - Keputusan Exco Srikandi Bersatu, Zuraini Kamal bersama empat lagi rakan Srikandinya untuk keluar parti tidak sama sekali melemahkan dan melumpuhkan Bersatu.
  • KUALA LUMPUR - Tindakan Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang mengumumkan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan satu isyarat jelas kepada ahli dan kepimpinan Pas untuk beralih sokongan kepada Pakatan Harapan selepas ini.
  • ALOR SETAR - Ketua Pembangkang Kedah dari Pas, Datuk Amiruddin Hamzah memilih menyertai parti Bersatu, berbanding Amanah walaupun dirinya dikaitkan dengan parti itu sebelum ini.