Mujahid ajak pengundi buat referendum kepada pembangkang

Mujahid ketika Ceramah Mega Perpaduan Grand Finale di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor malam Khamis.
Mujahid ketika Ceramah Mega Perpaduan Grand Finale di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor malam Khamis.
A
A
A

HULU SELANGOR - Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu perlu memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) kali ini sebagai referendum kepada pembangkang bahawa politik yang dibawa mereka perlu ditolak.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan ini penting bagi menunjukkan politik berasaskan fitnah dan memecahbelahkan rakyat tidak boleh diterima.

Menurutnya, sentimen kerajaan negeri boleh berubah sekiranya pembangkang menang PRK kali ini jelas tidak benar dan sekadar ingin mewujudkan sentimen ketidakstabilan.

"Saya hendak beri peringatan kepada pengundi (Kuala Kubu Baharu) bahawa kita perlu tunjuk dan ajar ahli politik (daripada pembangkang).

"Walaupun kita berbeza pandangan tetapi jangan sesekali kita memfitnah, berbohong dan menimbulkan ketidakstabilan.

"Sebab itu saya seru kepada pengundi, kita buat referendum (tolak pembangkang). Pengundi punyai peluang (melalui PRK DUN Kuala Kubu Baharu) selepas berhempas pulas pastikan kestabilan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Mega Perpaduan Grand Finale di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu di sini malam Khamis.

PH mempertaruhkan calon wanita muda, Pang Sock Tao untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Artikel Berkaitan:

PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 27 April lalu sehingga jam 11.59 malam, 10 Mei.

DUN Kuala Kubu Baharu memiliki 40,226 pengundi berdaftar terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!