KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini, malam ini.

Beliau menjelaskan, proses penggeledahan itu dilakukan pasukan polis mengadakan 'pencarian' di kediaman Najib.

Bagaimanapun, Amar Singh enggan mendedahkan pencarian daripada aspek apa yang dilakukan polis.

"Saya boleh mengesahkan pasukan polis hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri untuk membuat pencarian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Sejak pukul 9 malam tadi, kira-kira 50 petugas media tempatan dan luar negara berkampung di luar pekarangan kediaman Datuk Seri Najib. - Astro Awani