KUALA LUMPUR – Proses pengambilalihan tanah bagi pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR) akan bermula pada 1 November, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pengambilalihan tanah itu bermula pada hari yang sama dengan pemeriksaan awam yang bertujuan mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berkaitan projek HSR itu bagi tempoh tiga bulan. 

"MyHSR telah dan sedang mengemukakan permohonannya kepada pihak berkuasa kerajaan berkaitan bagi  tujuan pembekuan tanah, proses penting untuk mengkaji daya maju kawasan yang telah dipilih.

"Kemudiannya kawasan yang dipilih dipertingkatkan lagi bagi mencerminkan maklum balas awam terhadap penjajaran yang mana selepasnya, kawasan tanah yang telah dimuktamadkan akan dibeli bagi projek tersebut,” katanya dalam ucapan beliau semasa memperkenalkan reka bentuk konsep stesen HSR KL-Singapura, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corporation Sdn Bhd, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata pengambilalihan tanah itu dijangka selesai pada pertengahan tahun depan.

Beliau berkata penjajaran landasan HSR akan terdiri daripada pusat populasi semasa dan pusat populasi masa depan berikutan keupayaan projek itu untuk menjadi enjin pertumbuhan bagi kawasan sekitarnya.

"Kami juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) untuk memastikan semua stesen akan mempunyai hubungan pelbagai model termasuk bas berhenti-henti dan bas antara bandar,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nur Ismal berkata kerajaan sedang menimbang cadangan daripada pemaju yang tersenarai di Hong Kong Country Garden Holdings Co Ltd untuk membina stesen HSR di Forest City, Johor.

"Kami juga dimaklumkan bahawa ketika ini cadangan itu sedang dipertimbang oleh SPAD. Jadi mereka akan bekerjasama untuk mendapatkan keputusan daripada kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebarang keputusan tidak dijangka menambah kos kepada projek itu. – Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENAMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan penghargaannya kepada Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan atas sumbangan besar beliau (Pairin) dalam perjuangan Barisan Nasional (BN) membangunkan Sabah dan negara ini.
  • PENAMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji beliau akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan Sabah bagi memastikan negeri ini terus maju setanding negeri-negeri lain di Malaysia.
  • PUTRAJAYA - Kesederhanaan atau Wasatiyyah bukanlah hanya sebahagian daripada tradisi Malaysia tetapi ia merupakan keperluan bagi rakyat negara ini yang mempunyai pelbagai kepercayaan dan etnik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
  • PUTRAJAYA - Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Abdullah Zayed Al-Nahyan membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di sini, di sini.
  • KUALA LUMPUR - Hospital swasta di negara ini mempunyai peranan sebagai pemangkin kepada usaha perpaduan nasional, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.