KUALA LUMPUR - Peguam, Datuk Mohd Imran Tamrin akan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai notis penutupan Restoran Gabungan NGO 1Malaysia.

Beliau yang juga peguam mewakili Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal  Md Yunos berkata, perjumpaan itu akan diadakan dalam kadar segera memandangkan notis mengarahkan premis ditutup selewat-lewatnya pada 18 Jun ini.

“Saya baru sahaja dimaklumkan oleh staf restoran bahawa telah terima notis petang tadi mengarahkan untuk kosongkan premis.

“Saya pun tidak dapat lihat lagi notis tersebut dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Restoran Gabungan NGO 1Malaysia diarah tutup]

Restoran Gabungan NGO 1Malaysia yang dibuka Jamal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur itu didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 425 (1) Kanun Tanah Negara kerana menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah dari pihak berkuasa negeri.