SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.
   
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.  
   
"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.  
   
Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.
   
Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.
   
Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan bagi petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel kekal seperti minggu lepas bagi tempoh 20 hingga 26 Julai ini.
  • KUALA LUMPUR - MSM Malaysia Holdings Bhd, pengeluar gula bertapis terbesar negara, menghormati keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan harga gula bertapis.
  • JEMPOL - Pembinaan kilang penapis gula terbesar Malaysia di Tanjung Langsat, Johor telah siap 80 peratus dan dijangka memulakan operasi pada tahun depan, kata Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
  • KUALA LUMPUR - Harga runcit gula di negara ini sepatutnya dikurangkan dan tidak bertambah berdasarkan kepada pasaran global harga gula mentah.
  • SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin perjelaskan mengapa harga pasaran gula kasar naik sebanyak 11 sen.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.