ANTARA  destinasi yang perlu dijelajahi adalah melihat keunikan budaya dan cara hidup penduduk Orang Asli suku kaum Semai Pantos dan pastinya ramai yang ingin mempelajari dan mengetahui budaya mereka dengan lebih mendalam.

Selepas melalui Pekan Sungai Koyan dan menyusuri masuk ke Pusat Pelancongan Inap Desa Kuala Medang, pelawat perlu perlu membelok kenderaan ke kiri dengan laluan sejauh 10 Kilometer untuk tiba di Perkampungan Orang Asli Pantos, Hulu Jelai, Cameron Highlands.

Pengunjung akan bertemu dengan penduduk Orang Asli suku kaum Semai Pantos menjalankan rutin harian memburu dan mengutip hasil hutan untuk kegunaan sendiri atau dijual, selain bekerja di ladang kelapa sawit berdekatan tempat tinggal mereka.

Mereka menggalas bakul untuk meletakkan barang jualan seperti petai, rebung, akar kayu, daun herba, bunga hutan dan madu untuk dijual kepada pelawat.

Komuniti mereka pula dibahagikan kepada beberapa suku utama, iaitu Senoi, Negrito, Jahut, Semai, Bateq, Temetong dan Melayu Proto di mana setiap daripada suku itu mempunyai dialek-dialek mereka tersendiri.

Para pengunjung juga akan dibawa mendekati keindahan alam semula jadi selain didedahkan dengan keunikan kehidupan masyarakat Orang Asli seperti kraf tangan, persenjataan, makanan, kebudayaan, tarian, lagu dan alat muzik.

Pengetahuan mendalam mengenai rahsia dan selok belok hutan merupakan kelebihan kepada mereka untuk menjadi pemandu pelancong yang berilmu.

Sesuatu yang unik mengenai makanan tradisional masyarakat Orang Asli, mereka memasak nasi, ikan dan ayam, ubi kayu, ubi gadung dan ubi jaga dengan cara membakarnya (memasak) di dalam buluh.

Tarian sewang

Dari segi kebudayaan pula, pengunjung akan didedahkan dengan keunikan tarian Sewang di mana ia merupakan salah satu adat masyarakat Orang Asli Hulu Jelai, Cameron Highlands.

Tarian itu pada asalnya untuk tujuan pemujaan itu dilakukan dalam bentuk tarian dan nyanyian yang diketuai oleh seorang bomoh dikenali sebagai Tok Halaq.

Tetapi sekarang ini ia telah pun diadaptasi dengan unsur kontemporari dengan pembaharuan irama lagu, tetapi kostumnya masih kekal dengan pakaian kain batik, irama ketukan buluh dan pemakaian selempang dan tanjak berasaskan daun kelapa.

Kebiasaannya penduduk Orang Asli seakan-akan berpesta kerana tarian ini dilangsungkan selama tiga hingga enam hari mengikut tujuan seperti menyambut kelahiran, ketika kematian, berkhatan, mengubati penyakit dan membuka pantang


Info Makanan di Cameron Highlands

  1. Restoran Nik Ikan Bakar

Perkarangan Masjid Kayangan, Brinchang.

Menu: Masakan ala-thai, ikan bakar, steamboat dan makanan barat

 

  1. Anis Tomyam

Tanah Rata, Cameron Highlands.

Menu: Masakan ala-thai, daging rusa

 

  1. Restoran Nur Kasih Raihan,

Brinchang, Cameron Highlands

Menu: Masakan ala-thai

 

  1. Restoran Naimah 1Malaysia

Brinchang Point

Menu: Masakan panas

 

 

Info Penginapan di Cameron Highlands

 

  1. Equatorial Cameron Highlands

Kea Farm, Brinchang.

Harga bilik dari: RM161

 

  1. Parkland Hotel

Lot 45, Brinchang.

Harga bilik dari : RM115

 

  1. Haritage Hotel Cameron Highlands

Jalan Gereja, Tanah Rata.

Harga bilik dari: RM159.48

 

  1. New Holiday Apartment

Jalan Gereja, Tanah Rata.

Harga bilik dari: RM300

 

  1. Country Lodge Resort

Lot 47, Seksyen 3, Cameron Highlands.

Harga bilik dari: RM84.48

 

  1. Straeberry Park Resort

Lot 196&196, Tanah Rata.

Harga bilik dari: 405.17