SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff kecewa terhadap kerajaan kerana tidak memulakan tindakan pendakwaan jenayah berhubung penyelewengan dana daripada 1MDB.

Beliau mendakwa, sejak awal lagi kes 1MDB sememangnya mempunyai asas jenayah dan tindakan sivil dimulakan oleh DOJ AS sejak lebih setahun lalu hanya satu proses awal untuk mendapatkan penghakiman mahkamah bagi menyita aset terlibat.

“Amat memalukan sistem keadilan jenayah negara kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil.

“Ia tidak lucu apabila di Malaysia, pihak berkenaan mengatakan skandal 1MDB tidak perlu diambil apa-apa tindakan,” katanya memetik laporan portal berita The Malaysian Insight, semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diminta menjelaskan kepada rakyat berhubung bayaran penyelesaiannya sebanyak RM2.4 bilion kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).
  • PUTRAJAYA - Malaysia tidak terhutang budi kepada sesiapa pun dalam isu melunaskan bayaran hutang 1Malaysia Development Bhd’s (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
  • KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat pembayaran penuh yang dijadualkan pada tarikh akhir 31 Dis, 2017 kepada International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC).
  • KUALA LUMPUR - Krisis yang melanda 1 Malaysia Develompent Berhad (1MDB) tidak memberi kesan teruk terhadap ekonomi Malaysia.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa tempoh jangka masa bagi melengkapkan proses pengauditan ke atas penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun 2015 dan 2016 masih belum dapat dipastikan berikutan siasatan polis sedang berjalan sehingga kini.