SHAH ALAM - Paparan skirn pengecualian caj bagasi berjumlah RM17,000 yang diberikan Malaysia Airlines (MAS) kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mula tular.

Memetik laporan Mstar, paparan skrin yang menunjukkan pengecualian itu tular di internet dan dipercayai diperoleh daripada sistem tiket syarikat penerbangan syarikat tersebut.

Ia menunjukkan caj sebanyak RM17,071.85 dikecualikan daripada head of pool di bawah nama "MOHDNAJIB Hjabdrazak Dato Sri" bagi penerbangan MH1450 pada 16 Jun.

MAS akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Media sebelum ini melaporkan Najib dan keluarganya bercuti di Pulau Langkawi.