JOHOR BAHRU - Keadaan satu-satunya pesakit yang terselamat dalam insiden kebakaran wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di tingkat dua Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 25 Oktober lalu masih belum menunjukkan perubahan.

Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan Johor, Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican ketika dihubungi media.

"S Suppamah yang melecur 80 peratus itu masih belum sedarkan diri," katanya.

Menurutnya, mangsa sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail di sini masih menerima rawatan dan dipantau oleh kumpulan pakar di hospital berkenaan.

"Tiada apa-apa yang boleh saya kongsikan, keadaan mangsa masih sama seperti dia mula dirawat di hospital itu," katanya.

Ketika ditanya mengenai tempoh rawatan yang diperlukan oleh mangsa, Rooshaimi enggan mengulas lanjut kerana memerlukan kenyataan doktor yang pakar dalam bidang itu.

Dalam perkembangan berkaitan Rooshaimi berkata, dua lagi kakitangan HSA yang terselamat iaitu petugas fisioterapi HSA, Nur Syafiqah Hamzah dan jururawat, Nurul Ain Zularnain  telah sedarkan diri namun masih memerlukan rawatan.

Terdahulu, dalam kejadian 25 Oktober lalu, enam pesakit di wad ICU berkenaan, iaitu K Logeswaran, 20; Choo Lin Fung, 37; Toh Ah Wah, 60; Yusof Hassan, 53;  M Kaliama, 23, dan  C Neeramala Devi, 24, maut dalam kebakaran itu.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Kerajaan Kedah sedia menyelaras sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan bagi memastikan sekolah tahfiz memenuhi kriteria yang ditetapkan.
  • SEREMBAN - “Tak sempat saya nak buat apa-apa,” mengalir air mata si ibu, Noorazlina Bakry, 36, mengenangkan pemergian anak sulungnya, arwah, Muhammad Fahmi Abdullah, 11, mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
  • KUALA LUMPUR - Pengurusan 23 jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah disempurnakan dalam masa tiga jam 15 minit dan purata masa untuk menguruskan setiap jenazah hanya mengambil masa lebih kurang lapan minit sahaja.
  • KUALA LUMPUR - Jenazah mangsa korban kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung di sini mula dibawa keluar satu persatu pada 4 petang ini dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur.
  • KUALA LUMPUR - Masyarakat dinasihat supaya tidak menambah luka dihati keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan menyebarkan gambar mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.