Bubbles O2 terus taja MFL

Ain Azizah (tiga dari kiri) dan Ab Ghani (empat dari kanan) bersama-sama pengurusan Bubbles O2 serta MFL menunjukkan penajaan musim kedua Liga Bola Sepak Malaysia.
Ain Azizah (tiga dari kiri) dan Ab Ghani (empat dari kanan) bersama-sama pengurusan Bubbles O2 serta MFL menunjukkan penajaan musim kedua Liga Bola Sepak Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Bubbles O2 Sdn Bhd (Bubbles O2) meneruskan tajaan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk tahun kedua berturut-turut sekali gus menjadi salah satu penaja pada musim ini.

Syarikat air mineral beroksigen semula jadi dalam botol terkemuka itu telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan MFL pada satu majlis

yang diadakan di Petaling Jaya, pada Isnin.

MoA itu dimeterai oleh Pengarah Urusan Bubbles O2, Ain Azizah Arifin manakala MFL diwakili oleh Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan dan disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif Bubbles O2, Arifin Marzuki.

Menurut Ain Azizah, selepas mencatatkan kejayaan melalui kerjasama pada musim 2023/2024, Bubbles O2 telah membuktikan jenama tempatan juga boleh menawarkan tajaan berkesan setanding dengan jenama global.

“Melalui kerjasama ini, Bubbles O2 sebagai penaja air mineral beroksigen semula jadi untuk musim baharu 2024/2025 dan 2025/2026 MFL, meliputi kejohanan utama termasuk Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ain Azizah (dua dari kiri) menerima jersi penajaan Bubbles O2 daripada Ab Ghani (kanan) sambil disaksikan Arifin.
Ain Azizah (dua dari kiri) menerima jersi penajaan Bubbles O2 daripada Ab Ghani (kanan) sambil disaksikan Arifin.

Di bawah kerjasama tersebut, Ain Azizah berkata, Bubbles O2 akan memberikan sumbangan penajaan yang besar meliputi sokongan kewangan serta penajaan air mineral beroksigen semula jadi BubblesO2 kepada MFL dan semua kelab yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

Malah, Bubbles O2 turut teruja dan berbesar hati dengan kerjasama berkenaan yang memberikan manfaat kepada pihak yang terlibat.

“Kerjasama ini memberikan peluang kepada kami untuk mendekati dan berhubung dengan peminat bola sepak Malaysia di seluruh negara sekali gus mempromosikan gaya hidup sihat.

“Kami juga berharap perkongsian ini dapat mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat peminat bola sepak tempatan,” katanya.

Semarak sukan, gaya hidup sihat

MoA yang ditandatangani itu merangkumi pelbagai faedah penajaan, termasuk penguasaan jenama merentas pelbagai platform, barangan jenama bersama, aktiviti pada hari perlawanan dan promosi digital serta memastikan pendedahan meluas mengenai MFL dan Bubbles O2 sepanjang tempoh kerjasama itu.

 (Dari kiri) Ain Azizah dan Arifin menerima cenderamata daripada Ab Ghani sempena penajaan Bubbles O2 untuk musim baharu MFL.
(Dari kiri) Ain Azizah dan Arifin menerima cenderamata daripada Ab Ghani sempena penajaan Bubbles O2 untuk musim baharu MFL.

Kerjasama tersebut turut menandakan kesungguhan Bubbles O2 menyokong perkembangan sukan selain mempromosikan budaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah, Bubbles O2 turut bersedia memulakan perjalanan dengan MFL yang diyakini mampu memberikan impak berkekalan terhadap landskap bola sepak di Malaysia.

Penghargaan

Sementara itu, Ab Ghani berkata, MFL berterima kasih kepada pengurusan Bubbles O2 kerana kepercayaan mereka untuk terus menjadi sebahagian daripada MFL untuk tahun kedua berturut-turut.

“Pada musim pertama, Bubbles O2 telah membuktikan sebagai jenama tempatan, mereka berjaya melebarkan sayap lebih luas di pentas tertinggi Liga Malaysia dan memberi impak positif kepada seluruh negara.

“Saya berharap kerjasama untuk musim kedua ini dapat memberikan kelebihan berterusan dalam mendidik orang ramai tentang gaya hidup sihat menerusi air mineral beroksigen semula jadi Bubbles O2 ini,” kata Ab Ghani.