PM hulur sumbangan kepada Daddy Rock

Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Daddy Rock baru-baru ini.
Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Daddy Rock baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelakon, Shahrol Asikin Mohd Shariff atau lebih dikenali sebagai Daddy Rock, untuk kegunaan perubatan dan hariannya.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, sumbangan itu diserahkan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi pelakon itu, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.

"Mendoakan urusan pembedahan beliau dipermudah dan dikurniakan kesembuhan sesegera mungkin, insya-Allah," kata Anwar. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: