SHAH ALAM - Malaysia menyasarkan sekurang-kurang untuk membawa pulang satu pingat eMmas dalam Pertandingan WorldSkills Competition (WSC) yang akan berlangsung di Abu Dhabi,  Emiriah Arab Bersatu pada 14 hingga 19 Oktober depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata secara keseluruhannya pihaknya meletakkan sasaran sebanyak lima pingat bagi 20 bidang yang bakal disertai negara dalam kejohanan berkenaan.

"Pencapaian terbaik Malaysia dalam WSC adalah pada tahun 2015 dimana buat pertama kali kita memenangi pingat gangsa dalam bidang dandanan rambut.

"Usaha berterusan telah dibuat bagi memastikan sasaran yang diletakkan untuk WSC kali ini dapat dicapai, " ucapnya semasa merasmikan Karnival SkillMalaysia Zon Tengah dan Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia Peringkat Akhir 2017 di sini hari ini.

Ucapan Riot dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia Amir Omar. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang bertujuan memberi faedah tertentu seperti pembayaran elaun mencari pekerjaan dan elaun pendapatan berkurangan kepada orang berinsurans yang telah kehilangan pekerjaannya, telah dibentangkan untuk bacaan pertama di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.