SHAH ALAM – Tidak mustahil sekiranya Malaysia dikenakan sekatan ekonomi kerana kelantangannya menentang tindakan kejam rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, kemungkinan itu mungkin berlaku dalam usaha Israel melumpuhkan ekonomi negara yang menyokong Palestin.

“Kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada 1997, 1998 dan 2008 boleh berulang. Harga bahan api, getah dan kelapa sawit akan naik mendadak dan kejatuhan ringgit boleh jejas ekonomi negara.

“Keterbukaan ekonomi Malaysia yang membuka ruang syarikat luar untuk melabur juga berisiko (terjejas) sekiranya negara luar (yang menganggap Malaysia sebagai penyokong pengganas) menarik balik pelaburan mereka di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil, kerana negara-negara Barat terutama yang menguasai ekonomi dunia mungkin mengambil kesempatan ke atas Malaysia pada bila-bila masa.

Media Israel kelmarin memetik agensi keselamatan negara itu, Shin Bet yang menuduh kononnya Malaysia dijadikan tempat latihan pejuang Hamas, sekali gus cuba melibatkan Malaysia dengan konflik itu.

Israel cuba pusing cerita

Kerajaan Hamas, yang dilantik rakyat Gaza untuk mentadbir wilayah itu melalui pilihan raya secara demokratik pada 2006 dilabel secara rasmi sebagai pengganas oleh beberapa kuasa Barat, menyebabkan ia tidak diiktiraf sebagai kerajaan dan diharamkan mempunyai sebarang hubungan politik atau ekonomi dengan negara-negara tersebut.

Mengulas dakwaan media Israel mengenai Malaysia, Amir Hussin berkata Israel sedang membohongi diri mereka sendiri sedangkan rejim itu tahu pendirian tegas Malaysia dalam isu kemanusiaan.

"Ini adalah cubaan mereka untuk menjatuhkan negara kita. Negara luar sewajarnya menimbangkan laporan berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abu Bakar juga tidak menolak kemungkinan berlakunya sekatan ekonomi terhadap Malaysia atas dakwaan menyokong 'keganasan' dan pejuang Hamas.

“Dunia tahu pendirian Malaysia yang sejak dahulu lantang menentang kezaliman Israel dan sentiasa membantu dan menghantar misi kemanusiaan ke Gaza. Selama ini Malaysia membela nasib rakyat dan penderitaan yang dialami penduduk Palestin.

“Hamas pula sebuah badan ditubuhkan untuk mentadbir Genting Gaza yang didiami penduduk Palestin. Secara tidak langsung, Malaysia dianggap menyokong Hamas, walaupun sebenarnya agenda utama Malaysia adalah membela mereka yang menderita di bumi Gaza,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Penambahan aset Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan antara perkara diusulkan dalam Bajet 2018 yang akan dibentang Jumaat depan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri hari ini menjanjikan 'berita baik' dan menarik untuk sektor keusahawanan negara ketika pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.
  • KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berharap kerajaan mengkaji semula peningkatan kadar penalti kepada 100 peratus terhadap kesalahan mengelak dan melaporkan jumlah cukai tidak tepat dalam kalangan pembayar cukai.
  • KUALA LUMPUR - Deloitte Malaysia berharap kerajaan akan mengkaji semula pelbagai jenis cukai yang dilaksana di negara ini dalam Bajet 2018 bagi menggalak pembayaran cukai yang lebih lancar dan cekap.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan masih menunggu pengesahan daripada Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung laporan kematian militan Malaysia Dr Mahmud Ahmad dalam pertempuran dengan tentera di Bandar Marawi, Filipina, pada Rabu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.