PUTRAJAYA - Lebih 1,000 peserta disahkan telah mendaftar untuk menjadi sebahagian  daripada peserta Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) tiga hari berturut-turut bermulai esok.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Persidangan IACC, Datuk Mustafar Ali berkata, sehingga hari ini, lebih 800 peserta dari luar negara dan 300 peserta dalam negara  telah mendaftar untuk persidangan tersebut.
 
"Kami sasarkan seramai 250 peserta terdiri dari pihak NGO dan persendirian untuk persidangan ini, tapi 300 peserta dari negara ini telah mendaftar.
 
“Perasmian akan dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan dan bengkel akan bermula esok dan persidangan ini akan berjalan selama tiga hari sehingga Jumaat ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini, hari ini.
 
Persidangan IACC merupakan persidangan peringkat antarabangsa yang digariskan khusus untuk menentang dan memerangi rasuah di setiap negara yang terlibat.
 
Lebih 130 negara dikatakan menghantar wakil masing-masing untuk berkongsi ilmu dan maklumat untuk dijadikan panduan dalam membasmi gejala rasuah di negara yang terlibat.
 
“Antara negara yang turut terlibat dalam persidangan ini termasuk, Kenya, Filipina, Australia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, dan Tanzania.
 
“Kami mengetengahkan konsep perkongsian maklumat yang ada untuk bersama mencegah gejala rasuah di negara masing-masing. Dengan maklumat yang ada, semua pihak membantu antara satu sama lain untuk mengurangkan jenayah rasuah dalam negara,” katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Pelantikan pelajar sekolah sebagai wira antirasuah merupakan antara program menarik sempena kempen Wira Antirasuah anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan dilancarkan 2 April ini.
  • KUALA LUMPUR - Persidangan Antarabangsa Kedua Pergerakan Kesederhanaan Global (ICGMM II) yang dijadual pada 11 dan 12 Mac akan menjadi platform untuk memperjuangkan kesederhanaan sebagai cara berwibawa untuk membentuk persekitaran kondusif bagi dialog membina dan kerjasama secara aman.
  • KUALA LUMPUR - Kebanyakan negara-negara Asia Tenggara tidak mempunyai menteri yang memegang portfolio antirasuah, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.