KUALA LUMPUR -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan perintah larangan terhadap tiga buah buku yang diterbitkan di Indonesia kerana memuatkan bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan
Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan umat Islam di negara ini.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Aziz Mohamed Nor berkata buku yang diharamkan ialah "Pengantar Ilmu-ilmu Islam", "Dialog Sunnah Syi'ah" dan "Tafsir Sufi Al-Fatihah Mukadimah".

Buku "Pengantar Ilmu-ilmu Islam" ditulis oleh Murtadha Muthahhari dan diterbitkan Pustaka Zahra dari Jakarta manakala "Dialog Sunnah Syi'ah" ditulis oleh A.Syarafuddin Al-Musawi dan diterbitkan Penerbit Mizan PT Mizan Pustaka
dari Bandung. 

"Tafsir Sufi Al-Fatihah Mukadimah" pula ditulis oleh Jalaluddin Rakhmat dan diterbitkan PT Remaja Rosdakarya, juga dari Bandung.   

"Sekiranya penerbitan ini dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan di sini hari ini.
    
Katanya pewartaan perintah larangan ini adalah menurut seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menjadi satu kesalahan menurut subseksyen 2 Seksyen 8 akta berkenaan.

"Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana pihak mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya, bahan yang dikenakan perintah larangan itu," katanya. 

Abdul Aziz berkata mereka yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. -- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan mekanisme Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia bersifat progresif dengan mereka yang berpendapatan rendah menerima lebih banyak faedah bantuan kerajaan daripada hasil GST berbanding kelompok berpendapatan tinggi.
  • KUALA LUMPUR - Malaysia dan 69 anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah menegaskan kepentingan dagangan elektronik global (e-dagang) dan peluang yang diwujudkannya bagi perdagangan dan pembangunan inklusif.
  • KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd akan mengeluarkan sampul kenangan berserta setem ‘Kita Juara Sukan SEA 2017’ pada 19 Dis ini bagi menghargai kejayaan kontinjen negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
  • KUALA LUMPUR - "Masyarakat perlu bersedia menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) dan segala cabarannya untuk terus memajukan negara ini," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
  • KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini didorong oleh sentimen kukuh terhadap mata wang tempatan dalam keadaan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu lemah.