SHAH ALAM - PKR berharap agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom segera tampil dan tidak menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu penyalahgunaan wang zakat.

Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, Jamil perlu memberi penjelasan.

Nazmi berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Muhamad Yamin berkata semalam, kos pembiayaan guaman Jamil dan dua pegawai kanan MAIWP di ambil dari geran kerajaan.

"Dalam kenyataannya, dia  (Yamin) turut menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak tertentu yang menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memberi peringatan kepada Yamin bahawa apabila seseorang dizalimi, mereka mempunyai hak yang diiktiraf dalam syarak dan sistem perlembagaan untuk mempertahankan diri.

Pada Jun lalu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada lapan asnaf adalah kesalahan dan dosa besar.

Nazmi berkata, "sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul, Peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan," katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi turut mempersoalkan tentang wujudnya 'dwi-standard' membabitkan kes amil zakat di Johor, Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan wang zakat sebanyak RM19,510 dan memulangkannya kembali. Bagaimanapun, Redzuan dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan.

"Umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat," katanya. 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Gabungan 25 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini memohon agar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan sekiranya terdapat cadangan pesta arak 'Better Beer Festival 2017' mahu dianjurkan di sini.
  • SHAH ALAM - PKR tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah membuat aduan rasmi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam di atas pelanggaran terang-terangan kepada satu peraturan utama penjawat awam yang sering digunakan untuk menghukum penjawat awam yang simpati kepada pembangkang selama ini.
  • SHAH ALAM - Peristiwa hijrah mengajar umat manusia yang perjuangan menuntut perubahan bukanlah sesuatu yang mudah.
  • SHAH ALAM - Pas menggesa agar agama Islam dipertahankan sebagai agama persekutuan di negara ini di samping memberi keadilan kepada masyarakat bukan Islam berkonsepkan masyarakat madani.
  • SHAH ALAM - Penghijrahan Rasulullah SAW dan sahabat dari kota Makkah ke kota Madinah perlu diambil iktibar umat Islam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.