SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu ramai di kalangan masyarakat Islam tidak mengetahui bahawa hukum jual beli kucing adalah haram.

Menerusi rakaman video programnya, Fokus Kitab Ahli Sunnah (Fokas)  Fathul yang juga merupakan Exco Pemuda Umno berkata, larangan itu adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

"Ini contoh mungkin mengejutkan kita, tapi memang betul pun dalam Hadis, nabi larang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini," katanya.

Dalam pada itu, katanya orang Islam dibolehkan untuk membela haiwan tersebut cuma larangan itu hanya ke atas urusan jual beli haiwan itu sahaja.

"Soal kita hendak bela, hendak jaga, hendak ambil tepi jalan ambillah," katanya.

Katanya lagi, larangan ini adalah perintah ALLAH, jadi apa yang perlu kita lakukan adalah cuma mentaati perintahNYA.

"Kenapa dilarang, apa masalahnya? Ini bukan soal kita suka atau tidak tetapi ia soal larangan daripada ALLAH," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAIPING - Orang ramai dinasihati supaya tidak memandang ringan sekiranya mereka digigit atau dicakar kucing kerana ia mempunyai risiko jangkitan penyakit anjing gila atau rabies.
  • SEREMBAN - Kelab Kucing Malaysia (KKM) dengan kerjasama BRIT Cat Food, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) akan menganjurkan Pertandingan Kucing Antarabangsa dan Pertandingan Haiwan Kesayangan, di sini pada Sabtu dan Ahad ini.
  • KUALA LUMPUR - Lebih 100 kucing hari ini 'menawan' puncak Menara Kuala Lumpur dan turut memperagakan fesyen mereka di mercu tanda Kuala Lumpur itu.
  • KANGAR - Masyarakat Malaysia disaran agar menghentikan tabiat membuang kucing di merata tempat dengan sewenangnya hingga haiwan itu hidup berkeliaran di jalanan tanpa makanan dan tempat tinggal sempurna.