KAJANG - Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) yang dilancarkan hari ini disifatkan sebagai 'Langkah Kajang' yang sebenar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek berkenaan akan membawa perubahan besar kepada warga Kajang dan sekitar Lembah Klang.

"Dengan terlaksananya MRT SBK ini, ia merupakan the real Kajang Move atau Langkah Kajang yang sebenar. Ini kerana langkah ini memberi manfaat kepada rakyat," katanya ketika berucap di perkarangan Stadium Kajang sempena perasmian MRT laluan SBK, di sini, hari ini.

Najib sebelum itu terlebih dahulu merasmikan MRT laluan SBK di Stesen Tun Razak Exchange sebelum menaiki MRT ke Stesen Stadium Kajang.

Istilah Langkah Kajang sebelum ini diperkenalkan oleh PKR bagi menjadikan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor setelah kerusi itu dikosongkan penyandangnya, Lee Chin Cheh.

Namun, Anwar tidak dapat bertanding dan tempatnya digantikan isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi PRK Kajang pada 2014.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Kurangnya sikap sivik menjadikan sesetengah rakyat negara ini tidak langsung segan dan takut untuk melakukan vandalisme terhadap kemudahan awam transit aliran massa (MRT) yang baharu sahaja dirasmikan baru-baru ini.
  • SHAH ALAM - MRT Malaysia menegaskan mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan kerosakan kepada kemudahan awam terutamanya di stesen MRT, mereka boleh dikenakan tindakan dibawah peruntukan undang-undang negara.