KUALA LUMPUR - Tiada rampasan dokumen, tetapi hanya barangan peribadi, beg tangan, pakaian dan beberapa hadiah sahaja yang dirampas, kata Peguam, Datuk Harpal Singh Grewal.

Menurutnya, Datuk Seri Najib Razak dan keluarga, profesional dengan memberikan kerjasama yang baik sehingga tamat pemeriksaan.

"Kita percaya kehadiran polis bagi menyiasat di bawah Akta Penggubahan Wang Haram.

"Namun, berdasarkan pemeriksaan itu, kita percaya tiada sebarang dokumen yang boleh dikaitkan dengan akta itu," katanya kepada pemberita, di jalan kediaman rumah Najib di Langgak Duta, di sini, sebentar tadi.

Ketika ditanya mengapa proses pemeriksaan begitu panjang, beliau berkata, ini kerana rumah yang besar dan pasukan penyiasat harus memeriksa setiap bilik sebelum membawa beberapa keluar kotak.

Mengulas sama ada berlaku tangkapan terhadap bekas perdana menteri itu, beliau menafikannya.

"Tiada tangkapan, cuma ambil beberapa barang yang boleh dikaitkan," katanya.