AUTA
 
SATU mesej viral tersebar di laman sosial semenjak awal Ramadan lalu berhubung bekalan kuih raya dipunggah keluar dari kontena China Express yang didakwa akan dihantar ke Muar, Johor.
 
Menurut mesej itu, kuih raya itu dibuat di China dan status logo halalnya amat mencurigakan.
 
“Kuih Raya made in China. Status logo halal amat dicurigai. Harap semua jangan tersalah beli ye?.
 
“Barang ini saya sendiri turunkan dari kontena China Express untuk penghantaran ke Muar, Johor," kata mesej berkenaan yang turut mengaku mengambil rakaman gambar itu tanpa pengetahuan kilang tersebut.
 
Menurutnya, kuih raya itu selalu dilihat di pasar raya seperti Mydin, Giant, Tesco, Aeon Big pada harga di antara RM9.90 - RM12.90 seunit.
 
Individu tersebut juga menasihati orang ramai khususnya yang beragama Islam agar berhati-hati apabila  membeli kuih raya yang dijual di pasaran.

 
FAKTA
 
GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant) menafikan dakwaan menjual kuih raya dari China di pasar raya berkenaan.
 
Pengurus Kanan hubungan kerajaanGCH, Mohd Shahrizal Ayub berkata, dakwaan membeli kuih raya dari China dan menukar label tidak benar.
 
"Kami sememangnya tidak mempunyai sumber kuih raya yang diperoleh dari China.
 
"Sumber kami datangnya daripada pengeluar dan pembekal tempatan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejak beberapa tahun lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
 
Mengulas berhubung mesej viral itu, Mohd Shahrizal berkata, pihak Giant telah sedia maklum berhubung mesej viral itu sejak kelmarin.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • Tular satu artikel mengenai pengurusan hasil negara yang dikatakan diambil dari sumber Group Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • SEJAK beberapa hari lalu, kecoh di Facebook mengenai video yang mendakwa sebuah pasar raya besar di sekitar Shah Alam menjual daging ayam yang tidak disembelih.
  • Tular di media sosial satu dokumen berbentuk surat rasmi dari BPFK yang mendakwa bahawa produk Natural Progestrerones Cream dikelaskan pihak BPFK dan juga Kementerian Kesihatan.
  • SHAH ALAM - Satu gambar pasangan sedang melakukan hubungan seks disebarkan oleh orang ramai, yang didakwa berlaku di tepi laluan motosikal lebuh raya Changkat Kledang, Jawi, Pulau Pinang.
  • KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan melalui laman Facebook rasminya bahawa sehingga kini, minuman jenama Fanta adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.