KUALA LUMPUR - Transaksi jual beli dan pelaburan emas Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syarak dan undang-undang negara.

Ini disahkan oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, muzakarah tiga hari majlis itu bermula Rabu lepas meneliti  laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu.

Katanya, operasi syarikat tersebut didapati tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 96 yang diadakan pada 13 hingga 15 Jun lepas.

Kenyataan itu menasihatkan umat Islam tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas oleh mana-mana pihak, sama ada syarikat di dalam negara atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip jual beli emas seperti yang digariskan oleh syarak dan undang-undang negara.

Abdul Shukor berkata, transaksi jual beli mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan hukum syarak, dan sesuatu transaksi dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli.

Beliau berkata transaksi juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman. – Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Arab Saudi dan Turki mulai 25 hingga 28 September 2017.
  • KUALA LUMPUR - Pengamal media perlu lebih tangkas menangkis berita palsu yang sengaja disebarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • KUALA LUMPUR - Penganjuran Festival 'Better Beer' 2017 yang dirancang diadakan di Solaris Damansara pada 6 dan 7 Oktober ini tetap tidak akan dibenarkan, tegas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai bagi menampung kekurangan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
  • KUALA LUMPUR - Seorang anggota Palimen (MP) turut menyatakan kebimbangan mengenai kemungkinan Plus Malaysia Bhd diambil alih pihak swasta, dengan berkata, syarikat pengendali lebuh raya yang menguntungkan itu perlu kekal dimiliki kerajaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.