KUALA LUMPUR – Bekas dekan institusi pengajian tinggi awam yang mengesyaki isterinya lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.

Bahrom Sanugi, 61, nekad bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001.

Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.

Menyedari isterinya seorang lelaki, Bahrom membuat aduan ke Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.

“Bahrom failkan permohonan faraq (batal nikah) pada 17 Januari 2011 selepas mendapati angka akhir pada sijil lahir Sri Wani bernombor ganjil (bermakna dikhaskan untuk lelaki).

“Dia juga memfailkan permohonan untuk arah Sri Wani jalani pemeriksaan pengesahan jantina. Permohonan dibuat mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mahkamah Syariah 1998,” katanya di sini, semalam.

Sehubungan itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan 23 April ini untuk memberi keputusan sama ada Sri Wani perlu menjalani ujian pengesahan jantina atau tidak.

Sementara itu, Sri Wani, yang berasal dari Bentong, Pahang, memfailkan bantahan terhadap permohonan suaminya dengan mendakwa dia dianiaya.

Dia turut memfailkan injunksi ex parte (sebelah pihak) terhadap dua madunya kerana mendakwa difitnah.

“Saya ada bukti mereka juga hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan kurang sopan,” katanya.

Abdul Walid memerintahkan Sri Wani menyerahkan bukti itu pada 12 April ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh, awal tahun ini.
  • KUALA LUMPUR - Akibat menceroboh masuk ke dalam rumah seorang jururawat, seorang penganggur dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, melepas dan membebaskan enam lelaki dan seorang wanita atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang ejen hartanah wanita di Taman Overseas Union Garden (OUG), tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Berang hutangnya tidak dibayar, seorang buruh warga Bangladesh yang mengugut rakan senegara dengan pisau dan tindakan itu menyebabkan dia dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengurus kedai urut berlesen dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan didenda RM10,000 serta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan pecah amanah berjumlah RM19,437 milik kedai tersebut, Oktober lepas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.