JASIN - Penyertaan seorang warga emas, Saadiah Hashim,64  dalam Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) dibantu anak serta cucunya untuk mencari jawapan yang kurang pasti, walaupun soalan yang  dikemukakan mudah.

“Disebabkan bantuan mereka, sebahagian hadiah kemenangan ini akan saya kongsi bersama,” katanya semasa ditemui Sinar Harian di rumahnya di Sempang Kerayong, di sini.

Mula menghantar penyertaan peraduan sejak lapan bulan lalu, Saadiah berkata, dia tidak pernah terlepas peluang setiap hari.

Malahan, menurutnya, dia pernah menghantar sehingga enam penyertaan sehari.

“Walaupun saya memang berharap untuk menang namun saya tidak menyangka ia akan menjadi kenyataan. Sememangnya saya amat terkejut apabila mendapat panggilan memaklumkan yang saya telah menang,” katanya.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.