SUBANG JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan menyelesaikan isu-isu berkaitan kesatuan sekerja dan pindaan Akta Kerja yang diluluskan Parlimen tahun lalu.

Presidennya, Khalid Atan berkata, pihaknya turut mendesak kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu pertikaian Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) dan Maybank.

"Menteri mempunyai hak untuk membatalkan kesatuan dalaman yang ada dalam Maybank merujuk kepada Seksyen 71(a). Tetapi kenapa sehingga kini beliau tidak buat apa-apa?

"Jadi kami meminta agar Perdana Menteri campur tangan dan memanggil pihak-pihak tertentu seberapa pantas yang boleh... jadikan isu ini isu negara," kata beliau pada sidang media di Wisma MTUC di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC, Mohamed Shafie BP Mammal.

Sebelum ini, MTUC membuat ketetapan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam ekoran isu berkaitan kesatuan sekerja dan pindaan Akta Kerja.

Semalam, MTUC menyerahkan surat kepada Najib bagi mendapatkan kerjasama beliau dan campur tangan menyelesaikan perkara-perkara berbangkit dengan segera agar ia tidak memburukkan kepentingan rakyat khususnya pekerja negara ini.

Justeru, Khalid juga berkata, beliau berharap agar Najib dapat memanggil semua kesatuan termasuk MTUC, Nube dan Maybank bagi mendengar segala permasalahan kesatuan itu.

Selain itu, Shafie mewakili kesatuan GLC berkata, Perdana Menteri tidak boleh menanggap 'tidak tahu' terhadap isu yang dibangkitkan.

Jelasnya, sudah sampai masanya pihak kerajaan untuk campur tangan dalam isu kesatuan yang melibatkan lebih sejuta ahli kesatuan.

"Kalau kerajaan tak nak campur tangan, jangan lupa MTUC ada lebih sejuta ahli, Kesatuan GLC ada 400,000 ahli. Jadi, jangan tidakkan suara ini," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUBANG JAYA - Nestle Health Science sebagai peneraju utama rangkaian penyelesaian nutrisi Nutren bekerjasama dengan Persatuan Diabetes Malaysia melancarkan kempen Start Right Stay Right bagi memperingati Hari Diabetes Sedunia, semalam.
  • SUBANG JAYA - Malaysia mempunyai peluang dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang bagi melaksana reformasi yang boleh memampankan ekonomi sebelum pemulihan ekonomi global, kata beberapa ahli ekonomi.
  • SUBANG JAYA - Cadangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan adalah tidak realistik dan berdasarkan perkiraan yang tidak tepat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong.
  • SUBANG JAYA - Kesatuan Kebangsaan Anak -anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) menggesa Khazanah Nasional (Khazanah) memperjelaskan krisis dalaman yang melanda Malaysia Airlines (MAS), selain tindakan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew melepaskan jawatannya.
  • SUBANG JAYA - Kejayaan pasar raya Mydin hari ini bukan diraih dengan mudah, sebaliknya dalam tempoh 20 tahun ini, banyak liku ranjau perlu ditempuhi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.